22 September, 2009

Renungan bersama

Jangan kita membuat kerja
hanya sekadar mencari harta
pasti ia menjadi leka
diatas watan bumi tercinta
kalimah cinta membuat bakti
wajah sengketa menghilang diri
berjuang kita diatas bumi
menjaga amanah pemberian suci
lantaran ikhlas membuat kerja
diatas watan bumi tercinta


P.L Mubis

20 September, 2009

Takbir subuh mengusik hati.. 1 Syawal menjelma lagi..

Subuh sudah..
Ketika ini aku masuk bertugas. Suasana langit yang gelap..
Jalan masih basah sebab hujan semalam. Ketika ini juga aku mendengar takbir raya bergema sayu..
Perlahan langkahku berjalan..
Mungkin terusik hati dengan suara takbir yang jelas tetapi sayu..
Aku tak mahu sedih pagi nanti. Aku tak mahu menangis pagi nanti..
Aku tak mahu sambut Aidilfitri ini dengan tangisan dan kesedihan..
Tapi aku berada jauh dari ayah bonda..
Jauh dari saudara saudari di desa..
Aku betul-betul terusik ketika ini..
Pagi yang bakal muncul, aku mohon ampun dan restu ayah bonda serta saudara dan teman-teman di sana..
Walaupun berjauhan, bukan bererti perpisahan. Bukan la pula satu pengakhiran..
Tapi satu nikmat yang luas, yang suci dan murni bagi orang-orang macam aku..
Dan bagi ayah bonda serta saudara dan teman-teman di sana. Nikmat yang tiada dapat diungkap..
Sebab aku menjadi terlalu insaf, sayang dan cinta pada semua..
Ayah, bonda, saudara, saudiri, sahabat-sahabat, negara, agama, bangsa dan tanah air..
Aku berharap pada hari mulia ini, aku dapat sucikan diri dengan airmata insaf, dengan perasaan kasih sayang yang luar biasa, dengan keampunan Mu Ya Allah...

Salam lebaran di pagi 1 syawal...
Selamat hari raya 1Malaysia...



...

19 September, 2009

15 September, 2009

Cobaan...

Pasar Bazar Ramadhan, Petang.

Mr.Jek: Fulamak! Best la kat pasar bazar nih..
Aku: Memang best pun. Macam-macam makanan kau boleh dapat di sini.
Mr.Jek: Itu aku tau. Tapi yang bestnya, ada ramai awek. Huhu. Tenggok tu. Bukan muka lawa dia ja yang aku dapat nikmati, tapi pusat dia pun. Hahaha..
Aku: Sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Sedikit dialog di atas.

Banyak yang best dalam bulan ramadhan ni. Yang nyatanya, macam-macam juadah yang dijual di bazar. Macam-macam boleh makan. Tapi jangan sampai perut pecah, duit habis pula. Tapi kawan aku cakap, ada yang lagi best. Di pasar bazar tu, kita tau la bukan orang muslim saja yang membeli makanan. Semua kaum, agama, bangsa dan negara ada. Masalahnya penampilan diorang. Ada yang terlondeh sana, terbukak sana sini, tertunjuk sana sini, tertonjol itu ini. Sampau nampak separuh seluar dalam perempuan tu. Macam mana dengan orang berpuasa? Terpandang yang terselit, boleh batal puasa ke kalau tidak sengaja terpandang? kalau ada yang terpandang, gunalah alasan popular, tak sengaja, tertenggok. Hee.. Yang pakai tudung pun ikut-ikutan juga pakai yang jarang-jarang. Macam nak pegi tenggok konsert pula. Cobaaannn......



13 September, 2009

Hujan di malam Ramadhan...

Hujan turun di malam Ramadhan.. Kilat berdentam dentum di langit hitam. Aku sendirian bertugas di pos kawalan.. Sambil terkenang nasib di rantauan. Hari raya bakal tiba. Tapi aku tak dapat cuti. Rindu dengan keluarga di desa. Aduh..