26 July, 2009

Bisa Ular

Bisa bisa
Bagai hiris kaca...luka
Pedih tak terkira...terpedaya

Bisa bisa bisanya tingkahmu...pedih
Kau niagakan cinta pada semua

Kau ramas bunga cinta
Setelah ku taburkan
Mudah kau musnahkan
Cinta kau anggap sampah

Bisa bisa
Bila terpedaya kerana cinta

Bisa bisa
Sungguh tak mengerti
Siapakah sebenar

aku sebenarnya mau cerita tapi biarlah dengan lagu ni. Mungkin ada yang faham juga.

03 July, 2009

Call Waiting dan Filem/Drama Melayu. Bengang!

Habis makan aku dan kawan-kawan blah dari situ. Boring melihat orang makan sedap-sedap. Ada satu famili datang di tempat itu. Makan punyalah macam-macam. Waktu makan muka masing-masing senyum kambing. Waktu membayar, muka silaki dah mula bengong. Siemak pula termenung memerhati silaki menghulur duit kepada mereka. Mungkin terfikir, kalau la duit itu buat beli sayur, ikan, ayam dan bahan-bahan lain, mungkin seminggu boleh bertahan untuk makanan mereka. Tapi tak apa. Yang penting wajah anak-anak mereka sentiasa gembira. Itu cerita diorang lah..

Waktu dalam perjalan balik aku asyik terfikir, kenapa Initrah tak sms atau call aku. Hmm.. Sampai kat rumah aku cuba call dia. Tapi "CALL WAITING!". Aku dah agak. Mesti bergayut dengan cikgu tu. Aku cuba dail nombor cikgu tu pula. "CALL WAITING!" juga! Cis! Diorang tengah bergayut. Lamanya aku cuba dail nombor mereka. Tapi masih "CALL WAITING!" !@*&@#^%#!$$#!

Aku mula jadi panas.. Ntah! Mungkin setan dah hasut aku waktu tu. Aku turun, pandu kereta, terus jalan pegi mana-mana. Malas aku ada dalam rumah waktu panas begini. Aku lepak kat tepi pantai. Dengan harapan ada ketenangan. Memang tak takut langsung waktu tu. Aku masih mendail nombor diorang. Masih call waiting. Dekat lebih dua jam aku asyik dapat call waiting akhirnya bunyi tone dail kedengaran juga. Initrah sambut. Suara macam marah. Tapi yang aku tak puas hati, cikgu tu tak sambut. Mungkin dia takut. Ntah la. Aku malas nak cerita panjang kisah ni. Biarkan lah.. Malas gua nak gaduh bro!

Ni pasal filem/drama di Malaysia ni. Aku dah bosan la asyik cerita pasal Polis ja. Gerak Khas, Akademi Polis, Roda-roda kota raya, dan lain-lain yang berkaitan. Di Malaysia ni setahu aku, bukan jabatan polis ja yang ada. Macam-macam jabatan penting lagi. Wahai pengarah-pengarah filem/drama di Malaysia, kenapa tak buat cerita tentang Jabatan Lain, contohnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Aku rasa kalau kisah-kisah tentang firefighter ni di filemkan, boleh buat duit nih. Baru lah hero sebenar. Yang memang nyata kewujudannya. Jangan pula asyik cerita si polis ja. Apa pun aku seorang penonton cerita-cerita melayu juga.