16 June, 2009

Mungkinkah...

"Jangan pernah kau cuba untuk berubah..." Callerringtone tu membuat aku terus menunggu panggilanku disambut. Sambil berjalan kaki menuju ke car park.

"Hello, Initrah.. Assalamualaikum.." Kataku setelah panggilan disambut oleh Initrah.

"Waalaikumsalam.." jawabnya.

"Okey.. Dah settel.."

Apa yang settel? Jangan fikir aku pembunuh upahan yang sudah selesai buat kerjanya. Aku dari bank ada urusan. Dan urusan itu sudah settel. Tu yang aku telefon Initrah. Sebab katanya, ini benda wajib aku lakukan. Mungkin salah satu syarat untuk aku mendapatkan hatinya. Hehehe.. Tak payah lah aku bagitau kat sini apa yang dah settel.

Aku sampai ke car park setelah penat berjalan kaki. Mahu park dekat-dekat dengan bank, memang tak da harapanlah kalau dah time macam ni. Sebelah bank ada dua tiga buah restoren yang sering orang kunjungi. Apa tak parking full saja.

Aku pandu kereta pergi bank rakyat lagi. Ada tujuan hidup. Hahaha.. Mesti korang syak aku mahu buat pinjaman bank ni, kan. Sebab sibuk berurusan dengan bank sana sini. Apa-apa lah yang kamu suka.

Aku lalu depan Triminal Feri Antarabangsa Labuan. Tak ramai orang. Aku fikir baik lepak kejap sambil online. Kat balai menunggu ni ada free wifi. Selain tu free aircond. Aku parking kereta, bawa laptop yang aku pinjam dengan kawan aku, terus bergerak menuju ke Triminal Feri. Sempat singgah kedai kecil untuk beli minuman guna duit syiling dalam kereta aku.

Aku online sekejap, tiba-tiba Initrah call. Tapi aku suruh dia offkan. Biar aku ja yang call. takut kredit topupnya habis. Tenggok. Betapa baiknya diriku ini.

"Hello.. Assalamualaikum Initrah.."

"Waalaikumsalam. Kat mana?"

"Di Triminal feri. Online kejap.."

"Aik? Guna laptop siapa?"

"Pinjam kawan punya.."

"Owh.. Gnela.. Aku ada mau cakap sesuatu.. Tapi tolong jangan fikir bukan-bukan dan jangan angap bukan-bukan."

"Okey set!"

Initrah pun memulakan kata-kata ajaibnya. Memang ajaib sebab membuatkan aku rasa sesuatu benda sedang menyentuh dan meramas-ramas pelusuk hatiku. Samapi otak aku berfikir yang bukan-bukan tapi dengan ajaibnya aku tangkis pemikiran itu dengan ayat-ayat hikmah. Tiba-tiba saja muncul ayat-ayat hikmah. Initrah mendengar juga ucapan aku. Entah. Apa yang dia rasa. Aku cuma harap dia jaga diri dia dengan baik. Jangan mudah percaya dengan orang-orang. Ada orang muka saja manis macam gula, tapi hati pahit, busuk macam longkang yang dah tersumbat selama empat bulan.

Aku faham apa yang dia lalui. Dan aku faham apa sebenarnya terjadi. Cuma mungkinkah akan terjadi, dirimu aku miliki, berilah tanda kepastianmu. Namun jika tak tercapai harapanku. Selamanya dirimu tetap ku sanjungi. Cheh! Lagu Labah-labah yang pernah menjuarai tempat pertama dalam carta hatiku. HATIKU ya.

Sekarang aku berfikir sejenak. Mengenai peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku sewaktu aku hidup dalam blues. Aku tidak pasti sama ada aku pernah mengejar seseorang. Sampai menjadi rapat dengan orang itu. Tapi aku gagal mengawal diri kerana panah-panah cinta menusuk aku dan satu panah yang kuat, tidak pernah patah terus menembusi hati. Sampai sekarang panah itu menusuk. Panah-panah yang lain tidak lagi mampu menusuk aku. Sehinggalah panah yang kuat ini dengan sendirinya mencabut keluar dari diriku. Namun aku mahu lihat pemanah ini benar-benar bahagia satu hari nanti.

p/s: aku hidup dalam blues? macam mana ya hidup dalam blues ni?


No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: