07 June, 2009

Dulu lain Sekarang lain

Aku kadang-kadang terfikir ketika memandu. Dulu aku selalu pinjam kereta kakak untuk pergi bersiar-siar. Kadang-kadang menghadapi masalah untuk membuat blog, posting dan segala. Tapi sekarang adalah berbeza. Aku punya kereta sendiri. Punya laptop sendiri. Aku boleh buat semua yang terbengkalai dulu. Tapi aku hairan. Kenapa semangat dulu tidak sama lagi dengan sekarang? Dulu aku ni kaki melukis. Di mana-mana saja aku akan melukis. Suka bermain gitar dengan kawan-kawan. Tapi sekarang jarang-jarang. Adakah itu perubahan yang baik atau sebaliknya?

Aku risau sesuatu tentang Dia (Initrah). Aku selalu dengar tentang perubahan dia. Sejak akhir-akhir ni, semenjak dia menjadi seorang guru, aku mula rasa tersisih. Seperti dicuekin (tidak dipeduli). Kadang-kadang saja dia mencari aku. Itu pun kalau ada yang perlu. Kira aku ni macam dibuang, diambil bila perlu. Kemudain dibuang semula. Tak ubah macam sampah. Tapi aku sedar apa yang terjadi. Aku tau aku diperlakukan sebegini. Aku tidak kisah. Asal dia tahu aku bukan seperti yang di fikirkan. Aku bukan orang tidak berguna. Aku adalah orang yang sama seperti mula-mula dia kenal aku dahulu. Dan aku adalah orang yang masih mengingati budi pekerti dia sewaktu aku kandas dalam kehidupan dulu. Itu la buktinya. Aku memberi apa saja yang kau minta mengikut kemampuan aku. Walaupun aku tahu aku tidak lagi merasakan kasih sayang dari kau. Kerana kau sudah ada yang lain.

p/s: Wah! Jiwang punya ayat ni gnela oi!

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: