22 June, 2009

Dia salah, aku jadi bodoh

Petang kelmarin aku keluar ke bandar untuk mengisi minyak kereta. Muka aku memang selekeh. Tapi aku banyak tenggok cermin. Sambil memandu sambil betulkan apa yang tak betul. Aku pandu kereta perlahan-lahan dengan tujuan menjimatkan penggunaan bahan api kereta. Tak lah jauh dari rumah aku untuk ke bandar. Kurang lebih dalam 14, 15 KM ja. Tapi aku masih tertanya-tanya kenapa minyak cepat sangat mahu habis. Alahai, kenapa kepala aku pening semacam. Mungkin sebab semalam aku sorang-sorang kat rumah. Member entah ke mana. Jadi aku berjaga sampai larut malam kerana takut kalau-kalau ada setan menganggu. Jadi magrain ni sebab tak cukup tidur.

Sambung balik cerita, aku teruskan perjalanan. Sampai simpang kecil masuk ke kawasan kedai-kedai, aku ternampak kereta Toyota Avanza hitam mahu keluar dari simpang. Pemandu kereta tu tidak memandang ke arah aku. Aku pula terus bergerak. Sudah memang jalan tu jalan aku. Entah kenapa, walaupun aku tahu akan berlaku perlanggaran, aku tetap teruskan perjalanan. Tiba-tiba satu bunyi berdentum menyelinap masuk ke dalam cuping telinga. Aku bergoyang di dalam kereta. Macam dalam sampan. Terus aku berhentikan kereta dan keluar.

"Sori encik! Sori!" kata wanita berkaca mata, baru keluar dari keretanya.

Aku tidak mengendahkan suara itu. Aku renung di tempat yang dilanggar. Panjang juga scretch. Tapi tidak lah ketara sangat.

"Sori encik.. Saya tidak sengaja."

"Kamu ada lesen memandu?" tanyaku. Mesti dia fikir aku ni anggota polis.

"Ada encik. Saya ambil dalam kereta ya."

"Tak apa. Macam mana kamu memandu? Kenapa tidak pandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang? Tenggok apa dah jadi."

"Aduh! Encik. Sori sangat. Saya lapar bah. Saya tidak nampak tadi. Saya kelam kabut."

"Kalau lapar pun, mesti hati-hati memandu. Jangan main bolos ja."

"Sori encik. Err.. Jadi? Macam mana ni, encik?"

Aku diam. Berfikir apa yang harus aku buat. Dia pula masih dalam keadaan panik. Macam bergegar seluruh badan. Mungkin ketakutan. Dia manjauhkan diri sedikit dari aku lalu menelefon seseorang. Aku masih lagi berfikir. Dia datang semula.

"Encik? Macam mana ni?"

Aik? Tanya aku pula.

"Beginilah. Scretch ni sikit saja. Lagi pun kamu bukan sengaja. Tapi lain kali jangan cuai bila memandu."

Fulamak! baiknya aku! Kenapa itu yang keluar dari mulut busuk aku ni? Waduh waduh!

"Jadi encik? Kira settel?"

"tak apa lah. Sikit saja."

Dia menghulur salam sambil tak habis-habis mengucapkan terima kasih dan maaf. Dia ajak aku makan. Tapi aku tak mau. Nanti kena marah. Aku teruskan perjalanan menuju ke setesen minyak. Sebelum tu kakak aku, Initrah ada call. Tak abis-abis aku kena bilang bodoh. Tak minta dia bayar. Scretch sikit pun perlu duit. Sebenarnya itu la yang aku mahu katakan. Minta bayar. Sebab memang salah dia. Tapi entah kenapa mulut aku cakap biarlah. Sudahlah time-time aku muflis gini. Kalau dapat seratus dua pun lepas da duit minyak kereta. Aduh. Menyesal juga aku. Tapi bila fikir balik kejadian tu, aku ni jenis yang mudah memaafkan orang ker? Cepat sejuk hati? Baik? Hahaha. Kawan aku cakap aku ni terlampau baik hati sampai diri sendiri makan hati. entah lah. Memaafkan seseorang yang bersalah memang susah. Lebih-lebih lagi kejadian seumpama itu. Kita hanya fikir mahu orang bayar saja. Memang betul. Tapi tak kan lah untuk kita memaafkan orang itu perlu dibayar dahulu. Sudah dibayar barulah maaf itu terjadi.

Tapi aku memang menyesal juga. Kenapalah aku tidak minta dia bayar. Kenapa lah biar dia pergi begitu saja tanpa apa-apa yang aku terima akibat kecuian dia. Arrggghhhhh!!!!! Dah la tak dapat apa-apa, kena cakap bodoh lagi. Waduh waduh!


kejadian pada 21/06/2009 - 2:40pm
malangnya nasibku ini :'-(

4 comments:

  1. Anonymous22/6/09 12:06

    aik..sekerat je ye..

    ReplyDelete
  2. minah tu pakai spek itam ke?

    ReplyDelete
  3. gee; Sekerat tu maksudnya apa? Cerita? Atau ada benda lain? Kalau catitan, kan ada link "baca seterusnya" kat bawah catitan hadapan tu. hehehe..


    a.k.u.p.e.n.t.o.i; Pakai spek bingkai hitam. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. Anonymous25/6/09 11:34

    kihkihkih...lor..tak perasan lak hahaha

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: