10 June, 2009

Cuti dah tamat

Hari Selasa dah berlalu. Baru masuk hari Rabu. Maksudnya aku mahu pulang semula untuk bertugas di Wilayah seberang. Memang terasa malas untuk balik ke sana setelah begini lama becuti. Terfikir juga masa aku dalam darjah enam dulu. Sehari ponteng, esok mesti ponteng. Sudah tu ponteng lagi. Asyik ponteng saja, lama-lama macam mahu berhenti sekolah terus. Nasib lah aku masih bertahan dan menghabiskan zaman persekolahan dengan penuh kenangan dan pengajaran.

Habis cerita pasal sekolah, sambung pasal hari terakhir cuti aku di sini. Awal pagi sudah hilang dari rumah. Pergi ke Daerah Tuaran mahu mencari kesempatan yang tidak pasti. Memang pada mulanya susah untuk memastikan ada kesempatan bertemu dengan orang yang ingin ditemui. Initrah akhirnya dapat turun padang untuk bersama aku melayan ketegangan diri, daerah, suasana, dan cuaca. Sempat kami ke pantai untuk bersantai sebentar. Lama aku tidak ke sana. Terkenang masa lalu waktu aku hidup dalam blues. Sampai sekarang masih hidup dalam blues, cuma ada perbezaan. Aku puas atau tidak bersama Initrah. Entah. Macam tidak puas. Masih ada hati mahu berjalan, bergurau, berkejar-kejar, bermain dengan dia. Dan juga tidak puas berborak dengan kawan karib. Tapi aku sempat selesaikan kereta punya pasal. Semua aku mahu buat semata-mata hari terakhir bercuti dalam bulan ini.

Betul! Aku tidak tipu. Aku malas mahu pulang ke seberang. Tapi tidak boleh begitu. Aku mesti pulang juga. Sebab di sana mungkin ada untuk tujuanku di sini. InsyaAllah. Aku kembali di sini jika berkesempatan untuk mencari kesempatan lagi. Esok, Lusa dan seterusnya aku akan selalu merindu hari ini, kelmarin dan selainnya.

p/s: Initrah, ingat aku selalu. :'-(

2 comments:

  1. seberang laut. he.. masa bercuti aku di sabah. habis bercuti balik ke wilayah persekutuan labuan. seberang sabah. dekat je. tapi...

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: