25 May, 2009

Ini ada satu cerita

Sebalik Sesuatu itu...


Ada dua budak kecil selalu bermain bersama. Budak lelaki bernama Arro, budak perempuan pula bernama Heart. Mereka selalu bermain bersama-sama. Pada suatu hari Heart merasa mereka selalu bermain di bawah panas terik matahari.


“Arro! Kau ndak rasa panas? Kita selalu bermain di bawah panas matahari,” keluh Heart pada Arro.


“Aku ndak kisah panas atau sejuk. Yang penting aku selalu bersama kau.” jawab Arro pula. Heart hanya memerhati Arro yang sedang menyodok pasir. Dia tersenyum melihat Arro bersungguh-sungguh membina istana pasir untuknya.


“Kalau lah Kita ada istana seperti istana pasir ni, kan lebih bagus.” Kata-kata Heart membuat Arro berfikir sesuatu. Dia memandang heart dengan senyuman.


“Tunggu sahaja nanti. Kita tidak akan berpanas lagi,” ujar Arro.
Keesokan harinya, mereka bertemu lagi. Arro membawa sekeping kertas. Dia telah melakar bentuk istana kecil yang ingin dibinanya untuk Heart. Heart sangat gembira melihat lukisan itu. Dia tidak sabar mahu bermain dengan istana kecil itu.


“Istana ini boleh dibina. Tapi ada syarat. Ia perlu sokongan cinta dan kasih sayang. Bukan itu saja. Kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan memahami juga penting untuk mendirikan istana ini. Tapi apa yang paling penting sekali, kesabaran,” jelas Arro. Heart masih menunjukkan wajah gembiranya sambil menggangguk-angguk tanda faham.


Satu hari Arro mencari bahan-bahan untuk membuat istana kecil. Dia menggumpul kayu-kayu, papan-papan, kotak-kotak, dan lain-lain lagi yang boleh mendirikan istananya. Heart sangat bangga dengan Arro yang berkerja keras.


“Siapkan dengan cepat ya, Arro! Heart ndak sabar tinggal di istana kita. Nanti kita simpan kulit-kulit siput yang kita kumpul bersama di dalam istana, ya. Sebagai hiasan.”


“Aku mesti siapkn istana ini. Aku mesti boleh!” bisik hati Arro memberi semangat pada dirinya. Dia terus berkerja keras.



Sehari dah berlalu, tiba pula hari baru. Tapi istana masih belum siap. Cuma separuh sahaja. Heart mula rasa bosan. Dia asyik melihat Arro membina istana. Setiap kali Heart mengajak Arro pulang untuk makan, Arro menolak dengan alasan istana mesti disiapkan. Terpaksa Heart pulang sendirian meninggalkan Arro. Arro tahu dia kecewakan Heart. Tapi, tidakkah Heart menjadi terlalu kecewa jika istana kecil ini belum lagi siap. Arro bukan sekali dua mengalami masalah bahan tidak mencukupi. Dia terpaksa masuk hutan keluar hutan untuk mendapatkan bahan keperluan. Semakin lama semakin menjadi-jadi sibuk Arro. Heart pula mula terasa tidak dipedulikan. Padahal apa yang di buat Arro itu adalah untuknya. Dan kerja keras dia itu menunjukkan dalam hatinya hanya Heart.


Satu hari yang indah. Istana sudah semakin siap. Tapi heart masih belum datang. Hairan juga Arro sebab selalunya Heart datang awal. Tapi hari ini berbeza. Istana kecil akan siap jika bumbungnya sudah dipasang.


“Baik aku buat bumbungnya sebelum Heart datang. Bolehlah aku buat kejutan untuk dia.” Bisik hati Arro sendiri sambil tersengih. Dia kemudian masuk hutan mencari bahan untuk membuat bumbung istana. Tidak sampai setengah jam dia sudah siapkan bumbung tersebut. Dia bergegas ke istana binaannya dan terus memasang bumbung istana. Tetapi Heart masih belum muncul. Tertanya-tanya juga dalam hatinya, dimanakah Heart. Dia mula merasa sendirian. Kemudian dia berjalan di tepi-tepi pantai dengan harapan menemui Heart. Setelah lebih kurang sejam berjalan, dia melihat satu istana lain ada berhampiran dengan pokok di tempat mereka selalu bermain. Istana itu sepertinya istana betul. Bukan buatan kayu atau papan. Tapi seperti dibeli dari kedai. Kelihatan juga bayang-bayang dua orang sedang bermain-main berhampiran istana kecil itu.


“Siapa punya?” tanya Arro. Perlahan-lahan dia menghampiri istana itu. Kemudian dia bersembunyi sebaik dua orang tadi kelihatan jelas dipandangannya. Terkejut, geram, marah, sedih dan kecewa Arro melihat orang itu adalah Heart. Dan Arro juga melihat seorang budak lelaki bermain-main dengannya. Heart nampaknya gembira. Mereka bergelak ketawa dan bernyanyi bersama. Terduduk Arro sambil mengalirkan air mata. Semua kepenatannya membina istana kecil sia-sia. Sekali sekala dia memandang Heart dengan penuh kesedihan. Selepas itu dia bangkit dan melangkah longlai meninggalkan tempat itu. Dia berjalan menuju ke istananya. Dia duduk seorang diri di dalam istana itu sambil menangis. Wajah Heart yang gembira dan ceria bersama orang yang tidak dikenalinya masih terbayang-bayang. Arro terus duduk di dalam istana kecil buatan tangannya sendiri sehingga senja menjelang. Dia tahu dia tidak mampu untuk membeli istana yang sedia siap. Dia tahu dia hanya mampu membuat istana hanya dengan kayu-kayu. Disebabkan terlalu kecewa, Arro mengambil keputusan untuk tidak lagi datang di tempat itu. Dia terus berjalan meninggalkan istananya.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Kawasan pantai semakin dikunjung oleh orang ramai. Banyak juga perbezaan yang berlaku. Tempat-tempat parking kenderaan sudah ada di situ. Pondok-pondok kecil juga dibina. Setiap hujung minggu memang ramai yang berkunjung di situ.


Kelihatan sebiji bola bergolek masuk ke dalam kawasan berhampiran hutan. Seorang budak berlari-lari mengejar bola itu. Dia masuk di mana tempat bola itu bergolek. Ibunya datang menghampiri sambil memanggil-manggil nama anaknya. Tidak lama kemudian anaknya muncul dengan sebiji bola dipeluknya.


“Mama.. Mama.. Mari ikut adik,” kata budak itu pada emaknya.


“Kemana? Adik jangan pergi tempat-tempat ndak tentu. Bahaya. Mari balik. Kita ke tempat papa di sana.”


“Mama. Marilah.. Sekejap saja,” rayu budak itu sambil memegang tangan ibunya lalu di bawa masuk ke kawasan tempat di mana dia mengejar bola tadi.


“Mama. Cuba tenggok tu. Cantik,kan?” kata budak itu kepada ibunya sambil menunjuk di satu tempat. Ibunya terkejut melihat satu istana kecil yang indah dengan hiasan bunga-bunga yang tumbuh secara semula jadi. Dia seperti terpukau dengan keindahan di situ. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke kawasan itu. Dia cuba hendak masuk di dalam istana kecil itu tetapi dihalang oleh anaknya. Waktu itu lah dia ternampak susunan kulit-kulit siput yang cantik dan berwarna-warni di dalam istana kecil itu. Dia mula teringat sesuatu. Air mataya mula mengallir.


“Dimana kau, Arro...? Maafkan aku...” bisik hati Heart.

02 May, 2009

Dari Buletin Tagged Aku...

ISLAM DALAM BAHAYA

 

Lupakan AF, Mentor, Explorace,etc...For now, please focus on this. Try to contribute in whatever options you have.Sebarkan pada rakan muslim kita.... Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust.Zulkefli sendiri (0133998718)untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.... TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN.... 1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU 2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP Dengan tidak membuat apa-apa ATAU 3)BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.(nau'zubillah) Kalau pilihan anda adalah 1,
FORWARD kan mesej ini kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam frenster anda.Kalau pilihan anda adalah 2, deletelah mesej ni atau peramkan ia di dalam mailbox anda.
Sesungguh Nya, pada hari akhirat kelak akan ditanya apakah sumbangan anda untuk agama anda?