16 February, 2009

Memanas Si kawan.

Jam 7 pagi ada jasmani. Aku bangun sebelum jam 7. Kawan-kawan yang lain pun sudah bangun. Cuma seorang lagi masih lena. Aku yang mamai-mamai (macam pening-pening kepala) terus bergerak ke tandas untuk membasuh muka.

Sampai di bawah dorm, kelihatan kawan-kawanku sudah membuat kerja-kerja pagi. Aku pun cari-cari la juga apa-apa kerja untuk dibuat. Asalkan nampak sibuk. Selepas itu kami pun membuat jasmani pagi. Seperti dalam jadual harian yang telah diberi.

Beberapa minit sudah kami berjasmani. Semua ada. Cuma seorang saja masih tidak kelihatan. Anggota yang bertugas di bilik kawalan mula membunyikan siren di dorm. Sampai ke padang kawat kedengaran. Barulah muka kawan yang tidur tadi kelihatan. kelam kabut dia turun ke padang untuk mengikuti jasmani. Tapi kami sudah mahu habis.

"Susah sangat ka mau bangun sebelum jam 7? Sedangkan aku orang tua yang sudah ada 5 orang anak pun masih bleh bangun awal dan buat jasmani. Inikan pula orang muda macam kau." Encik ketua menegur kawan yang lambat bangun tadi. Dia cuma mengganguk-angguk malu. Kami dah cuba backup kononnya dia overtime semalam. Tapi tak berhasil. Akhirnya terpaksa ditegur.

Memang patut pun terima teguran. Sebab dia ni selalu saja ada alasan kalau tak buat kerja. Tapi mungkin memang alasannya tu betul. Tapi kalau asyik sakit kaki la, perut la, kepala la, itu da ketara la malas buat kerja. Dah kena tegur macam tu, jangan la pula memanas (marah-marah). Dah sendiri buat salah, terima la teguran. Ini marah-marah kawan yang lain pula. Salahkan orang itu ini. Nasib mood aku baik tadi pagi. Kalau tidak dengan dengan aku kena tegur oleh encik ketua. Hahaha...

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: