nuffnang frame

Feb 10, 2009

Geli hati sambil melukis

Semalam ada orang call aku marah-marah pasal lukisan yang aku lukis dan muatkan dalam blog ni. Dia kata lukisan tu adalah perempuan yang buat aku berubah. Aduh.. Geli tulang rusuk aku mendengarnya. Ok la. Biar aku tunjukkan siapa di sebalik lukisan tu sebenarnya. Lepas ni kalau orang tu masih mau marah, teruskan. Sebab aku masih suka ketawa sambil mengigit bantal. Huhuhu..



Gambar di atas adalah imej yang telah di edit menggunakan adobe photoshop. 



Ni la gambar asal. Kenal siapa ni? Pernah tenggok cerita Primata Cantik di tv9? Selalu ditayangkan pada jam 5:30pm. Nama budak ni Yuki Kato. Asal dari Indonesia. Aku mula ternampak dia waktu tenggok cerita Heart the series. Alaa.. Sambungan dari cerita Heart lakonan Acha septriasa dan Irwansyah. Kononnya cerita sewaktu diorang masih kecil. Adik-adik aku minat dengan pelakon-pelakon kecil dari indonesia ni. Aku tenggok pun kanak-kanak yang menjadi pelakon dalam cerita-cerita indon yang kita selalu lihat di Tv memang berbakat. Comel-comel lagi.

Yuki Kato! Kalau kamu berminat dengan lukisan wajah kamu di atas ni, ambil lah. Tapi jangan lupa telepon aku dulu dong. Emel pun boleh. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: