11 January, 2009

Ceritera Kahwin #bakal suami

"Aku mau kahwin, tapi takut."

"Takut apanya?"

"Aku di soal macam-macam."

"Macam-macam?Bagaimana tu?"

"Kalau disoal tentang belanjawan negara, macamana?"

"Kau jawab harga minyak dah turun, tapi barang-barang masih tidak turun harga."

"Kalau disoal tentang duit simpanan, macamana?"

"Kau jawab Bank Simpanan Nasional kan ada."

"Kalau disoal tentang agama, macamana?"

"Kau mengucap dua kalimah syahadah."

"Kalau disoal tentang anak?"

"Kau cakap pasal malam pertama."

"Kau ni ada saja jawapan, ya. Kau dah kahwin atau belum?"

"Aku jawab belum, tapi sebenarnya aku sudah kahwin." (Sengih semacam)

"Patut pun bini kau minta cerai dengan kau."
 

Susah senang mahu berkahwin tu hanya dapat diketahui setelah berkahwin. Sebelum berkahwin ni cuma mendengar saja ceritera sang suami di kedai kopi atau di bustop. Harap-harap aku dapat lah kahwin dengan si jantung hati nanti dengan sebaik-baik keadaan.

3 comments:

  1. yang ni, tak faham.

    "Kalau disoal tentang anak?"
    "Kau cakap pasal malam pertama."

    serius ni. bukan main2.

    ReplyDelete
  2. hehe nice post :) doakan awk dpt husband yg baik2

    ReplyDelete
  3. Helmi Razali. lu tak faham? Gua lagi tak faham. hehehe.. Sebenarnya soalan tu sesaje je ditanya untuk mengenakan mamat yang ada je jawapannya. kan dah kena tu...

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: