Keputusan Temuduga


Allhamdullillah... Aku dah dapat keputusan temuduga aku pada hari Jumaat melalui web. Dan keputusannya aku dikategorikan sebagai Calon Simpanan dalam masa setahun. Sebenarnya aku kurang faham maksud calon simpanan. Tapi bila tanya orang itu ini, barulah aku tahu. Walau begitu, aku masih bingung. Apa maksudnya aku dikategorikan sebagai Calon Simpanan? Korang boleh tolong aku?

Hari ni aku balik kampung. Nak jumpa mak, abah, adik-adik semua. Rindu pula dengan mereka. Initrah tak suruh aku balik hari ni sebab hari ni 1 Muharram. Orang cakap pada 1 Muharram, tak baik jalan jauh-jauh. Ada saja malapetaka, bencana, kejadian yang tak best berlaku. Takut juga. Tapi kalau perjalanan diiringi dengan doa, InsyaAllah perjalanan kita selamat hingga ke destinasi.

1 Response to Keputusan Temuduga

  1. iezue says:

    calon simpanan tuk jwtn pe?

Post a Comment

Taip la ulasan korang dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: