nuffnang frame

Jan 2, 2007

Kenapa Apakah


"Kenapa dia-orang benci kau, ah? Kenapa semua orang benci kau? Kalau betullah semua orang benci
kau, betullah kau ni tidak bagus!"

Apa pendapat kamu sekiranya ayat di atas ditujukan untuk kamu sedangkan kamu tidak tahu
apa dosa yang telah kamu lakukan pada dia-orang? Lebih-lebih lagi
orang yang mengucapkan kata-kata itu adalah orang yang kamu sayang dan dia-orang itu
adalah orang yang terdekat dengan orang yang kamu sayang.




"Kenapa dia-orang benci kau, ah?..." Ayat ini kalau mengikut sebutannya, pengucap seperti
berasa hairan dengan pandangan orang-orang yang membenci si-kau. Dia sendiri tidak mengetahui apa yang
telah berlaku sehingga orang-orang begitu membenci si-kau. Jadi keadaan dia mungkin tertanya-tanya.



"..Kenapa semua orang benci kau?.." Ayat ini pula menunjukkan pengucap begitu tertekan dengan
persoalan. Rasa hairan semakin menjadi-jadi sebab ini melibatkan ramai orang membenci si-kau.



"..Kalau betullah semua orang benci kau, betullah kau ni tidak bagus!" Ayat yang terakhir ini
sama seperti membuat keputusan. Pengucap sangat tertekan dengan persoalan. Dia terpengaruh
dengan perkataan 'semua'. 'Semua' bermakna ramai. Si-kau pula cuma seorang. Ramai lawan seorang
siapa menang? Seperti yang dikatakan tadi, ayat ini sama seperti satu keputusan. Tetapi
keputusan yang dibuat adalah keputusan kelam kabut.



Kesimpulannya, mengikut dari segi bacaan sahaja, orang ini adalah seorang yang mengambil berat
tentang orang lain. Dia sepertinya sukar untuk mempercayai dengan apa yang berlaku tanpa bukti.
Mungkin dia adalah orang yang mengenali si-kau. Tetapi terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Lebih-lebih lagi orang yang dia percaya. Ayat "..semua orang benci kau.." tulah yang kuat
mempengaruhi minda dia. Dia mungkin adalah orang yang akan bersetuju dengan majoriti. Bererti
juga dia sama seperti yang majoriti. Maksudnya, seperti tiada pendirian. Akan menyokong apa
yang orang lain sokong. Tetapi hanya dalam hal-hal tertentu sahaja. Dan mungkin yang paling
tepat, dia adalah orang yang kelam kabut. Atau mudah panik atau cemas. Kalau mengikut situasi,
mungkin dia marah. Antara marah dengan si-kau, atau marah dengan orang yang mengata si-kau, atau
juga marah dengan kedua-duanya. Sebenarnya, apa pun ayat yang diucapkan, kalau kita dengar sebutannya,
kita tahu puncanya, kita tahu situasinya, mungkin kita dapat faham apa maksudnya.



Jadi, aku berpendapat bahawa si-dia sebenarnya marah dengan kedua-dua pihak. dia-orang dan juga
si-kau. Apa yang menyebabkan si-dia berkata-kata seperti itu? Sebab si-dia dimarahi oleh
abangnya. Apa yang menyebabkan abangnya memarahi si-dia? Sebab abangnya telah bercakap dengan
si-kau yang sedang mencari-cari si-dia, dan berlaku sesuatu yang tidak disengajakan contohnya
bateri telefon bimbit si-kau telah habis, lalu panggilan terputus. Abang si-dia pun berasa
pelik dan tertanya-tanya. Kenapa panggilan dimatikan? Sebab takut mahu bercakap? Salam pun
tidak diucap. Disebabkan abangnya berfikir panggilan telah sengaja dimatikan, mulalah rasa marah.
Buktinya dia mengatakan "kurang ajar punya budak!". Disitu ada kebencian. Disebabkan sudah benci
dan menyampah, abangnya mematikan telefon bimbit itu dengan harapan, tiada lagi gangguan dari
orang yang dibenci itu. Kemudian disampaikan pula kebencian itu pada si-dia. Si-dia mula tertekan
dengan apa yang disampaikan. Mungkin waktu itu ramai yang mendengar. Si-dia merasa malu sebab
dikatakan mempunyai kawan yang kurang ajar. Lalu si-dia menghubungi si-kau dan menyampaikan apa
yang dialaminya dengan keadaan marah. Si-kau yang tidak tahu apa telah berlaku pun terkejut
mendengar. Si-kau cuba menjelaskan apa yang berlaku waktu bercakap dengan abang si-dia. Tapi
si-dia masih tidak tenang, masih tertekan dan marah. Sampailah ayat di atas diucapkan oleh
si-dia pada si-kau. Apa yang terjadi pada si-kau? Siapa yang bersalah?



Tuan Hakim: Dalam kes ini, mahkamah telah mendapati yang bersalah adalah bateri telefon bimbit si-kau.
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada yang tertuduh iaitu bateri telefon bimbit si-kau,
dan hukumannya ialah cas sampai penuh! Maka dengan ini, Kes akan ditutup! Tok! Tok! Tok!


p/s: Janganlah cepat buruk sangka terhadap orang dan mudah terpengaruh dengan tuduhan
orang tanpa sebarang bukti. Berfikir dan selidik dahulu punca-punca kejadian berlaku. Cuba dengar
kata hati, percaya atau tidak. Kalau tidak cuba cari bukti-bukti yang bernas, tepat dan betul
supaya kebenaran terbongkar. Kalau percaya, anda akan kenal diri anda.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: