24 November, 2006

Surat panggilan temuduga

Aku baru siap mandi. Kelam kabut nak pakai baju, tetiba hand phone berdering.
"Di mana ni?" tanya dia. Aku macam tergagap, takut. Dalam hati mesti nak kena marah lagi ni.

"Masih di rumah," sambil tersengih-sengih walaupun sendiri-sendiri.

"Kenapa ndak sambut phone tadi?"

"Oh.. Ada call ya?" apa la aku tanya balik. Sepatutnya jawab dulu soalan dia.

"P LA MAMPUS!" Fuh! Terkejut aku dengar ayat tu. Sebelum ni memang pernah dengar. Tapi tak sangka balik-balik dengar. Aku tenggok handphone aku, ada 2 miss call. Masalahnya aku dah lambat nak pergi solat Jumaat. Adik-adik aku pun sekerat dah bersiap.

Aku turun bawah, keluar. Ternampak ada sepucuk surat dalam peti surat. Aku ambil. Nama aku? Ada cop Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dalam hati aku dah tahu surat apa ni. Aku pergi dapur sebab kak long kat dapur. Aku buka surat.

"Siapa punya? Bila kau ambil? Tadi kah?" Kak long tanya. Aku tak jawab. Terus membuka sampul surat.

"Panggilan temuduga.....dot...dot..." Yes! Aku dah kena panggil untuk menghadiri temuduga pada 11/12/2006 nanti. Masuk banggunan KWSP le nanti.

Harap-harap aku ada rezeki. Anda yang baik hati, doakan aku semoga berjaya temuduga tu nanti.

2 comments:

  1. Anonymous20/1/12 09:29

    Salam Sejahtera,

    so dah dapat keja..? hhee.

    ReplyDelete
  2. jangan tanya..aku tau siapa yang bertanya..

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: