19 November, 2006

*&^%$#@ BALIK!!!

Aku pos entri ni waktu blog aku awang blues blog
ada masalah dengan beta.blogger.com...

We're sorry, but we were unable to complete your request.



Hari ni aku dan adik aku balik kudat. Kononnya abah marah. Aku adalah seorang yang menyampah dan menyibuk saja dekat rumah kakak aku ni. Tapi aku mahu pergi kenduri orang kahwin hujung minggu ni. Yang kahwin tu kawan aku juga. Tapi adik dia lebih dari kawan aku. (Hua!Hua!Hua!)


Aku masih belum berkerja. Penganggur setia dan terhormat. Hinakah aku? Mak cakap, "Kalau kau tiada urusan lagi dekat situ, baik saja baa. Lainlah kalau kau urus cari kerja kau. Abah ndak akan marah."


Aku menjawab, "Mak. Aku ada urusan lain selain cari kerja, lepas selesai urusan lain ni, aku urus cari kerja biasa-biasa, sementara menunggu panggilan temuduga tu. Lagi pun rumah along dekat dengan bandar KK. Segala urusan aku kebanyakannya di bandaraya ni... (Dalam hati menyambung '..dan di sebuah daerah..')"


Mak suruh aku balik juga dan bincang dengan abah. Dahiku berkerut sedikit lalu berkata, "Mak. Abah mesti ndak suruh aku ikut Along balik KK. Sebab aku dah seminggu lebih dekat sini." Walau macam mana pun aku terpaksa balik. Nanti jadi anak derhaka. Aku takut jadi batu.


Aku harap aku masih di sini. Menyampah di sini. Dan menyibuk di sini.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: